logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2021 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyaksikan Majlis Penyerahan Dana Kempen Tabung Pahlawan 2020 (Matching Grant) kepada sepuluh (10) Persatuan-persatuan Veteran ATM daripada 83 persatuan yang layak di Wisma Perwira ATM, Jalan Tekpi, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz.

Jumlah dana kutipan Kempen Tabung Pahlawan 2020 sebanyak RM10.2 juta akan diagihkan kepada persatuan-persatuan yang akan dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan Veteran ATM serta tanggungannya yang berkelayakan meliputi Veteran Kelainan Upaya (VKU), bantuan khas kepada balu dan anak-anak dalam kategori OKU, veteran yang terlibat musibah dan bencana alam, bantuan bagi veteran dan balu veteran dalam keadaan daif serta bantuan kebajikan lain kepada Veteran-veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat, YBhg Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany TLDM, Panglima Tentera Laut, Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara, YBhg Leftenan Jeneral Datuk Zakaria bin Hj Yadi, Ketua Staf Markas ATM, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM serta pegawai pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.