logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUANTAN, 3 Ogos 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited untuk membantu menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) bagi memastikan sasaran negara mencapai imunasi kelompok/herd immunity berjaya dicapai.

Sehubungan itu, ATM menerusi Markas Angkatan Bersama (MAB) dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan telah mengadakan program Imunisasi COVID-19 selama 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 21 di Dewan Semai Bakti FELDA Sungai Panching Selatan bagi membantu 1,840 orang penduduk FELDA Sungai Panching Selatan dan penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Panching mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM dan Ahli Parlimen Paya Besar, YB Mohd Shahar b Abdullah turut hadir meluangkan masa pada hari pertama untuk meninjau perkembangan dan diberikan taklimat perlaksanaan program oleh pihak penganjur.

Program seumpama ini merupakan sebahagian daripada Civil-Military Cooperation (CIMIC) ini telah dibantu oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan yang menyediakan vaksin dan petugas kesihatan serta turut mendapat bantuan daripada pengurusan FELDA Sungai Panching, Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Penduduk (JKKK) FELDA Sungai Panching Selatan dan JKKK PAKR Panching.

Menerusi pelaksanaan program ini, ianya diharapkan dapat membantu daerah Kuantan amnya dan Pahang khasnya untuk mencapai imuniti kelompok dan ATM terus komited untuk melaksanakan program seumpama ini pada masa akan datang.