logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 29 Jul 2021 - Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan Kedutaan Poland, Col Zbigniew Krzysztof Kolaczek bersama penggantinya Col Marek Waldemar Kotowski di pejabat beliau, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk sesi pengenalan bersama Penasihat Pertahanan Kedutaan Poland yang baharu sekaligus mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan diplomasi antara kedua-dua Negara.

Seluruh warga ATM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Col Marek Waldemar Kotowski di atas perlantikan ke jawatan baharu tersebut dan sekalung penghargaan kepada Col Zbigniew Krzysztof Kolaczek di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan Penasihat Pertahanan Kedutaan Poland di Malaysia.