logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

IPOH, 26 Julai 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited membantu negara mencapai imuniti kelompok (herd immunity) menerusi penubuhan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu di Kem-Kem Tentera di seluruh negara bagi mempercepatkan proses suntikan vaksin kepada anggota tentera dan keluarga serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

Setelah kejayaan program tersebut di beberapa negeri sebelum ini, ATM terus memperluaskan pelaksanaan program tersebut di Ipoh yang telah dikoordinasikan oleh Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Briged) dengan kerjasama Sel Kesihatan MK 2 Briged pada 26 hingga 28 Julai 2021 ini. Program selama 3 hari ini diharapkan dapat membantu mempercepatkan proses vaksinasi COVID-19 serta melancarkan proses pemberian vaksin kepada penerima kerana tidak perlu turun daripada kenderaan dan berjalan jauh ke PPV.