logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

RAWANG, 22 Julai 2021 - Kisah 8 beradik yang tular di media kerana menjadi yatim piatu setelah kehilangan ayah dan ibu mereka dalam tempoh 3 hari akibat COVID-19 telah mendapat perhatian daripada Kemnterian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Terlebih dahulu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah turun meluangkan masa menziarahi serta menyantuni mereka di rumah dan meminta bantuan ATM untuk membaiki kerosakan elektrik dan kebersihan kawasan rumah yang di diami oleh mereka.

Berlanjutan itu, ATM menerusi Tentera Darat Malaysia (TDM) segera mengatur gerak 2 pegawai dan 25 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan 11 Skuadron Semboyan Diraja (11 SSD) bagi membaiki kerosakan seperti tandas,pendawaian elektrik dan sistem air.

Selain itu, mereka turut bergotong-royong membersihkan keseluruhan kawasan rumah bagi keselesaan 8 beradik tersebut serta turut menyumbang barang-barang keperluan makanan kepada mereka.

Pelaksanaan perkara sebegini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial ATM kepada masyarakat di bawah Program Jiwa Murni (PJM) bagi menjaga perhubungan baik pihak tentera bersama masyarakat terutama semasa pandemik wabak COVID-19 yang melanda kini.