logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan telah menganjurkan Program Khatan Perdana bagi anak-anak warga Kementerian Pertahanan hari ini bertempat di Masjid Khalid Ibnu Al-Walid, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM. Seramai 190 orang kanak-kanak berumur dari 6 hingga 12 tahun telah menyertai program berkhatan ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk menghidupkan dan mempertingkatkan Syiar Islam di kalangan warga KEMENTAH. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang berkhatan agar mereka merasai suasana meriah dan keterujaan sebelum dikhatankan disamping menyediakan khidmat berkhatan untuk anak-anak warga KEMENTAH.

Acara dimulakan dengan kanak-kanak yang menyertai program ini diarak dari perkarangan KD SRI GOMBAK ke Masjid Khalid Ibnu Al-Walid sambil diiringi oleh paluan kompang dan selawat. Kanak-kanak ini seterusnya disiram beramai-ramai oleh Pasukan Bomba daripada Stesen Bomba Kem Batu Kentonmen.

Seramai 10 orang kanak-kanak yang telah dipilih untuk dikhatankan pada hari ini di HAT Tuanku Mizan manakala yang selebihnya akan dikhatankan pada keesokan hari di hospital yang sama mengikut giliran dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Selain itu juga, turut diadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Sekolah kepada Asnaf Zakat ATM iaitu seramai 500 orang penerima terdiri daripada kalangan anak-anak anggota ATM. Penyampaian hari ini disampaikan kepada 30 orang penerima manakala selebihnya akan diagihkan kepada pasukan masing-masing.