logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 14 Dis - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga turut berkenan menunaikan solat Jumaat yang diketuai Imam Besar Masjid Khalid Al-Walid Mejar Nizam AlHafiz, bersama-sama warga ATM dan KEMENTAH. Selesai solat Jumaat, Sultan Nazrin kemudian berkenan meluangkan masa bersama Pegawai-pegawai Kanan ATM di Majlis Santapan Tengahari di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Turut hadir sewaktu santapan adalah Timbalan Menteri Pertahanan.