logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

13 Dis, Ipoh - Karnival Usawan dan Hartanah Negeri Perak 2018 telah diadakan bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Ipoh bermula dari 13 hinggao 16 Dis 18. Perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada 14 Dis jam 9.00 malam. Turut hadir, YB Tuan Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan dan YBM Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, Timbalan Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Majlis perasmian turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Kawad Senyap oleh Pasukan Kawad Senyap TLDM. Persembahan yang memukau para pengunjung ini mendapat tepukan yang gemuruh dan pengunjung teruja kerana dapat melihat persembahan dengan lebih dekat. Karnival yang berlangsung pada 13 hingga 16 Disember ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan info dan maklumat terkini mengenai hal ehwal keusahawanan dan hartanah.

Turut serta adalah Pameran Ketenteraan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Pameran yang disertai oleh ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia memeriahkan lagi karnival tersebut. Pameran melibatkan Aset Kenderaan dan juga peralatan serta pakaian tentera menarik minat pengunjun g melawat khemah pameran.