logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SUNGAI ARA, 25 Mei 17 - Eksesais EAGLE BAKTI 2017 merupakan eksesais gabungan yang dilaksanakan oleh 2 Div secara POSTAH (CPX) bagi mengukur tahap kesiagaan pelaksanaan operasi oleh ketumbukan tempur 2 Div. Eksesais ini juga bertujuan untuk mengukur keupayaan bantuan logistik dari elemen bantuan perkhidmatan di bawah naungan 2 Div. Eksesais ini melibatkan semua Formasi Bgd dan pasukan di bawah naungan 2 Div dengan menggunakan Sistem Olah Perang (Battle Tac IV).

Pelaksanaan Eks EAGLE BAKTI 2017 dibahagikan kepada 2 fasa iaitu Fasa 1 – Pra CPX Eksesais EAGLE BAKTI 2017 mulai 15 hingga 26 Mei 17 dan Fasa 2 - Eks EAGLE BAKTI 2017 yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2017.

Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar telah melancarkan Pra CPX Eks EAGLE BAKTI 2017. Dalam ucapan pelancaran, beliau menekankan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat agar memberikan komitmen yang optimum berpandukan pengetahuan serta pengalaman yang dimiliki. Beliau juga menegaskan agar semua pegawai dan anggota mahir dalam penggunaan Sistem Olah Perang (Battle Tac IV) supaya dapat mengimplimentasikan fungsi sepenuhnya pelaksanaan eksesais ini.