logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

12 Sep, Putrajaya – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XV, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini, Rabu, 12 September 2018 bersamaan 2 Muharam 1440 Hijrah, jam 10.30 pagi di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Istiadat sambutan dimulakan dengan Pengawal Medan dan Perbarisan masuk padang. Perbarisan turut disertai dengan 21 Das Tembakan Meriam Kehormatan yang disempurnakan oleh 41 Bateri lstiadat, Rejimen Artileri Diraja diketuai oleh Mejar Mohd Asri bin Che Wil dan Terbang Lintas oleh 5 buah helikopter ATM yang membawa bendera Jalur Gemilang, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia diketuai oleh Mejar Narul Nizam bin Ismail TUDM. Lima Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diarak iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji-Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

Perbarisan ini diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Radzi bin Othman, Pegawai Memerintah, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, terdiri daripada 28 pegawai dan 550 anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Turut dipersembahkan adalah pancaragam yang mengiringi istiadat perbarisan dari gabungan pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Mejar Muhammad Nor Azizan bin Yahya, dibantu oleh Staf Sarjan Mohd Adib bin Hashim, Bintara Kanan PGM Iewan Iezani bin Johari dan Flait Sarjan Suhaimi bin Husin. Manakala Drum Major ialah Bintara Kanan PGM Azumie bin Zainal.

Istiadat ini dilaksanakan pada setiap tahun di peringkat Persekutuan. Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah satu upacara istiadat gilang gemilang di mana Panji-Panji ini merupakan satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

Turut hadir ke majlis istiadat adalah Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, mewakili Menteri Pertahanan; Panglima Tentera Darat, YBhg Jeneral Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, mewakili Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi bin Harun.