logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SEREMBAN, 18 Julai 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited membantu negara mencapai tahap imuniti kelompok (herd immunity) seperti diunjurkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi perluasan program suntikan vaksin secara pandu lalu yang dilaksanakan di Kem-Kem Tentera seluruh negara.

Program yang melibatkan pemberian vaksin kepada anggota serta ahli keluarga ini telah dimulakan di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum diperluaskan ke Sarawak serta Sabah dan kini turut diperluaskan ke Negeri Sembilan di bawah koordinasi Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Briged).

Program yang diadakan di Hangar 1 Briged selama 2 hari pada 16 dan 17 Julai 2021 lalu telah berjaya memberi suntikan vaksin kepada 618 orang ahli keluarga daripada pasukan-pasukan di bawah naungan 1 Briged.

ATM terus komited menyahut seruan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 yang melanda kini serta akan terus membantu menyegerakan pemberian vaksin kepada anggota tentera dan ahli keluarga bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.