logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2021 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM pada hari ini telah melakukan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) bagi meninjau persiapan Disaster Management Zone (DMZ) yang diwujudkan di hospital berkenaan serta melihat tahap persediaan staf perubatan yang terlibat.

DMZ berkenaan yang ditempatkan di parkir basement HATTM serta mempunyai 50 katil tambahan ini telah siap sepenuhnya pada petang semalam dan ianya diwujudkan bagi menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19 kategori 4 serta 5 yang semakin meningkat di kawasan Lembah Klang.

Persiapan DMZ berkenaan turut mendapat bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). DMZ berkenaan akan diletakkan di bawah perintah Pegawai Memerintah HATTM, Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Rosman bin Ab Rahman dan Lt Kol (Dr) Mohamad Azlan bin Arrifin sebagai Komander Operasi DMZ serta akan mula menerima pesakit COVID-19 pada hari ini.

PAT dalam kenyataan ringkasnya berkata ‘kawasan parkir tersebut merupakan ruang yang direka khas semasa awal pembinaan hospital berkenaan untuk digazetkan sebagai DMZ serta mempunyai kemudahan seperti bekalan kuasa elektrik, bekalan oksigen, vacuum ports dan lain-lain bantuan sokongan perubatan yang mampu mengendalikan pesakit dengan kapasiti yang bersesuaian bagi persediaan untuk menghadapi kes-kes bencana kimia dan biologi’.

Turut mengiringi beliau dalam tinjauan tersebut adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Dato' (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh.