logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 7 Jul 21 – Malaysian Relief Agency (MRA) melalui The Edge Covid-19 Equipment Fund telah menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM 530,000.00 untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.

Penyerahan sumbangan peralatan perubatan yang terdiri daripada portable ventilator, oxygen concentrator, infusion pump, defibrillator, vital sign monitor, medical apron dan PPE ini telah diadakan di 93 Depot Pusat Perubatan dan Pergigian Angkatan Tentera (93 DPP AT), pagi tadi.

Penyerahan berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden MRA, YBhg Dr Muhammad Daud bin Sulaiman kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Dr. Zulkeffeli bin Mat Jusoh.