logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR 7 Julai 2021 : Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima dua kunjungan hormat di pejabat rasmi beliau hari ini. Kunjungan pertama telah dilakukan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) Brig Jen Mohamad Shuari bin Abdullah TUDM yang akan bersara dan menamatkan perkhidmatan dalam TUDM khasnya dan ATM amnya tidak lama lagi.

Seterusnya, kunjungan telah di susuli oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Dato’ Ahmad Nazim bin Rahman bersempena lantikan beliau dalam jawatan tersebut.

Seluruh warga ATM merakamkan selamat maju jaya dan setinggi penghargaan kepada Brig Jen Mohamad Shuari bin Abdullah TUDM di atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan sepenjang perkhidmatan beliau serta sekalung tahniah kepada Dato’ Ahmad Nazim bin Rahman di atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LTAT yang baharu.