logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

YBhg Mej Jen Dato’ Azizan bin Md Delin, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) telah menerima tabik hormat daripada 16 pegawai dan 137 anggota Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM sempena Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) yang ke-56.

Perbarisan yang diadakan di Padang Kawad Kementerian Pertahanan ini telah diiringi dengan Pancaragam Pusat Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). YBhg AKS PA turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat, penerima pingat perkhidmatan dan penerima sijil kepujian kepada anggota tentera serta kakitangan awam yang berkhidmat di bawah BPA.