logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah menyempurnakan Majlis Penubuhan dan Penghantaran Tim Pemantauan Antarabangsa Mindanao 10 (TPA - M10) bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit, Kuala Lumpur.

TPA - M10 terdiri daripada 11 pegawai Angkatan Tentera Malaysia, 2 pegawai Polis DiRaja Malaysia dan 3 pegawai awam terpilih untuk melaksanakan misi ini yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato' Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan selama 12 bulan.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohd Noor; YBhg Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; YBhg Panglima Operasi Udara mewakili Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato' Sri Hj Affandi bin Buang TUDM, YBhg Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Bahrum bin Hamzah; YBhg Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam mewakili Ketua Polis Negara, Deputy Commisioner Police Dato' Azman bin Yusof; dan YBhg Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Dato' Rani Ismail bin Hadi.