logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Seminar Ketiga Kajian Semula Pelan Pembangunan Keupayaan ATM atau lebih dikenali sebagai Pelan 4D MAF telah dilaksanakan pada 3 hingga 5 Mac 15 di Dewan Banquet Mes Wira Angkasa, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PU KL). Bengkel ini diadakan bagi mengkaji semula Laporan Bengkel Pembangunan Keupayaan ATM/4D MAF yang sedia ada bagi memastikan ianya relevan dengan perubahan strategik semasa.

YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM, Panglima Angkatan Bersama (PAB) merupakan pengerusi Jawatankuasa Tertinggi (JKT) bagi seminar yang dihadiri oleh ketua bahagian-bahagian strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjalankan kajian semula dokumen-dokumen pelan 4D MAF yang telah diadakan sebelum ini.