logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

MIRI, 21 Jun 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengaturgerakan satu Tim Perubatan Combat Medic Vaccination Team Angkatan Tentera Malaysia (CMVT ATM) yang terdiri daripada 2 Pegawai Perubatan bersama 7 anggota Paramedik ke Ba’kelalan bagi Program vaksinisasi penduduk di Ba’kelalan dan Long Semado pada pagi ini.

Aturgerak tersebut adalah selaras dengan pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa Sidang Media di Kem Muara Tuang pada 19 Jun 2021 lalu mengenai kerjasama diantara ATM dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan pemberian vaksin di PPV Outreach untuk membantu mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan-kawasan pendalaman seterusnya menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sarawak.

Tim perubatan tersebut telah berlepas dari Lapangan Terbang Miri menggunakan Helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiba di Ba’kelalan sekitar jam 9.40 pagi. Program vaksinasi selama 5 hari mulai 22 hingga 27 Jun 2021 akan melibatkan lebih 1000 penerima vaksin dikalangan penduduk Ba’kelalan dan Long Semado.