logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Pertandingan 6th Annual Warrior Competition (AWC) yang telah berlangsung mulai 30 Apr hingga 5 Mei 14 di King Abdullah II Special Operations Training Center (KASOTC), Amman, Jordan memperlihatan kecemerlangan serta kehebatan Pasukan Khusus ATM di arena antarabangsa.

Pertandingan yang dianjurkan oleh KASOTC dan disokong sepenuhnya oleh Jordan Armed Forces bertujuan untuk bertukar-tukar pengalaman dan teknik melawan keganasan serta untuk memperkenalkan KASOTC sebagai salah satu pusat latihan anti keganasan. Sebanyak 38 tim dari 19 negara telah mengambil bahagian terdiri daripada pasukan elit polis dan pasukan khas tentera.

Pertandingan 6th AWC 2014 ini berkonsepkan senario operasi sebenar melawan keganasan, menjurus kepada keupayaan tim dalam merancang dan melaksanakan setiap jenis operasi yang memerlukan kekuatan fizikal, ketepatan menembak dan kemahiran menggunakan peralatan-peralatan persenjataan secara efektif.

Pada keseluruhannya, ATM yang merupakan gabungan Pasukan Khusus dari tiga-tiga perkhidmatan telah menduduki tempat ke-11 daripada 38 tim dan menduduki tempat ke-6 daripada 19 negara yang bertanding. Ini merupakan kali ke-2 disertai oleh ATM. ATM telah berjaya memperbaiki kedudukannya pada kali ini iaitu menduduki tempat ke 11 berbanding ke 19 sebelum ini. Pencapaian peningkatan in iadalah berlandaskan faktor latihan yang berterusan serta semangat juang yang tinggi yang telah ditunjukkan ole hsetiap peserta Tim ATM.

Pihak penganjur pertandingan juga turut mengalu-alukan penyertaan ATM malahan tertarik dengan disiplin, sikap, semangat juang dan kemahiran yang ditunjukkan oleh peserta Tim ATM. ATM telah berjaya menyaingi dan mengatasi tim dari negara USA dan Rusia. Syabas ATM.....