logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kunjungan hormat oleh delegasi dari People Liberation Army (PLA) yang diketuai oleh Senior Captain LYU Chengzhong ke atas Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan, Mejar Jeneral Dato’ Hanafiah bin Jaafar telah diadakan pada 20 Okt 14 jam 0930 bertempat di Wisma Perwira ATM. Senior Captain LYU Chengzhong kini menjawat jawatan sebagai Director of Editing And Research, Headquarters, General Logistics Department.

Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Laksamana Pertama Mohammed Ariff bin Mahru, Pengarah Kanan Materiel, Markas Tentera Laut dan Kolonel Toharuddin bin Ab Rasid TUDM, Pengarah Material, Markas Tentera Udara.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China terutamanya di dalam bidang logistik pertahanan. Ketua Pengarah Dasar Logistik, Brigedier Jeneral Mohd Badran bin Ismail telah menyampaikan taklimat bertajuk ‘MAF organization and Logistics System’ dan diikuti dengan taklimat oleh Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK). Agenda lawatan oleh delegasi PLA diteruskan dengan lawatan ke Pusat Peperangan Bersama (PESAMA).