logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Pada 2 Julai 2014 yang lalu, Majlis Penyampaian Cek Sumbangan kepada Persatuan Ibubapa dan Anak-anak Sakit Kanser Malaysia (PIBAIK) dan Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim (STAY) ATM telah diadakan di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

PIBAIK ialah pertubuhan yang membantu dan memberi sokongan kepada ibubapa dan anak-anak sakit kanser. YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM30,000.00 kepada persatuan.

Turut hadir, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Mohd Shahrom bin Dato' Haji Nordin (B) Pengerusi Yayasan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah untuk menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM500,000.00 kepada YBhg Panglima Angkatan Tentera merangkap penaung STAY ATM.