logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Pasukan Hoki ATM akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Hoki Indoor Piala Asia di Chanhua, Taiwan mulai 15 hingga 22 Jun akan datang. Pemilihan pasukan Hoki ATM adalah atas titah DYMM Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah selaku Presiden dengan persetujuan Majlis Konfiderasi Hoki Malaysia (MHC). Pemilhan pasukan Hoki ATM adalah berdasarkan kepada pencapaian yang cemerlang sejak 2008 di arena tempatan mahupun antarabangsa.

Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, selaku Penanung Majlis Sukan Angkatan Tentera telah menyerahkan Bendera Jalur Gemilang kepada Pengurus Pasukan yang turut disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Jaafar selaku Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera.

Dalam majlis yang sama, Pengarah Eksekutif National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohd Sharom bin Dato' Hj Nordin (Bersara) telah menyampaikan sumbangan RM200,000.00 bagi membiayai pengurusan Pasukan Hoki ATM ke Pertandingan Hoki Piala Asia 2014.