logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Pada 11 Mei 2014, bertempat di Wisma Perwira ATM berlangsung Majlis Perpisahan Staf dan Pemain bolasepak ATM. Seramai dua pegawai kanan iaitu Lt kol Abdul Rani bin Rahim dan Lt Kol Abdul Manaf bin Husin telah diraikan dalam majlis tersebut bersama dua pemain import iaitu Marlon Alex James dari Saint Vincent & The Granadines dan Spase Dilevski dari Australia. Majlis ringkas tapi penuh bermakna telah disempurnakan oleh Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Zulkifeli bin Mohd Zin Panglima Angkatan Tentera merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera.

Dalam ucapan ringkas oleh Panglima Angkatan Tentera merangkap Presiden PBAT, mengucapkan terima kasih atas sumbangan khidmat bakti yang dicurahkan oleh kedua-dua staf PBAT yang akan menamatkan perkhidmatan dari ATM dan para pemain bolasepak yang mana telah sama-sama memajukan serta menaikkan nama ATM dari Liga Perdana ke Liga Super serta turut menjulang ATM selaku naib juara Piala Malaysia serta turut melakar sejarah berjaya menjulang Piala Sumbangsih buat pertama kalinya pada tahun 2013.

Di akhir majlis Panglima Angkatan Tentera telah menyampaikan cenderamata kenangan kepada pegawai dan pemain-pemain yang diraikan. Turut hadir dalam majlis tersebut Mej Jen Dato’ Mazlan bin Kasap Ketua Staf Markas Tentera Darat merangkap Timbalan Presiden PBAT, Mej Jen Datuk Dr Sukri bin Husin Yang Dipertua Wisma Perwira, Dato’ Azri bin Murad Pengarah Urusan Saling Erti Sdn Bhd, B.Sathianathan Ketua Jurulatih ATM dan para barisan pemain ATM serta staf - staf PBAT.