logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 43/2014 adalah kursus anjuran Maktab Turus Angkatan Tentera yang disertai pegawai tentera seramai 164 yang terpilih dari ketiga-tiga perkhidmatan (TD, TLDM, TUDM) serta pegawai PDRM dan pegawai-pegawai tentera dari negara sahabat yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Antara negara-negara lain yang terlibat adalah Australia, Bangladesh, Bosnia and Herzegovina, Cambodia, China, Fiji, India, Indonesia, Jordan, Korea, Laos, Lebanon, Maldives, Myanmar, Nepak, New Zaland,Oman, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Saudi Arabia, Singapore, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Unitad Arab Emirates, Uganda, United States of America, Vietnam, Yemen dan Zimbabwe.

Antara objektif kursus adalah untuk melatih pegawai-pegawai menjawat jawatan Pemerintah dan Staf di dalam perkhidmatan bersama. Turut hadir adalah Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pertahanan serta Yang Berbahagia Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera merangkap Pengerusi Lembaga Maktab Turus Angkatan Tentera.

Selain itu, Anugerah Kecemerlangan yang terdiri daripada Anugerah Komandan, Anugerah UPNM, Anugerah Haigate, dan Anugerah Lembaga MTAT turut dianugerahkan kepada peserta kursus yang layak. Berikut adalah senarai peserta kursus yang menerima anugerah tersebut:

Anugerah Komandan

  1. Peserta Kursus Terbaik Tempatan Kelas Akademik. Mej Suresh a/l Subramaniam bagi Kertas Komandan bertajuk 'The Rise of China: Impacts Towards It's Relationship with Malaysia.'

  2. Peserta Kursus Terbaik Luar Negara Kertas Akademik. Maj Alexander Warwick Palmer (Australia) bag Kertas Komandan bertajuk 'Australasian Strategic Influence on Terrorism.'

Anugerah UPNM

  1. Peserta Kursus Terbaik Tempatan Kajian Polisi dan Strategi. Lt Kdr Sivashankar a/l Dharmapola TLDM.

  2. Peserta Kursus Terbaik Luar Negara Kajian Polisi dan Strategi. ME 5 Martin Ku Shi Qin (Singapura).

Anugerah Haigate

  1. Peserta Kursus Terbaik Tempatan Modul Ketenteraan. Mej Razali bin AHmad Jumali TUDM.

  2. Peserta Kursus Terbaik Luar Negara Modul Ketenteraan. Maj Bradley Douglas Taylor (New Zealand).

Anugerah Lembaga MTAT

  1. Peserta Kursus Terbaik Tempatan Keseluruhan. Mej Razali bin Ahmad TUDM.

  2. Peserta Kursus Terbaik Luar Negara Keseluruhan. Lt Cdr Nicholas Robert Field RAN (Australia).