logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Bagi mengimbas kembali lipatan sejarah kewujudan Angkatan Tentera Malaysia selama 8 dekad dan mengiktiraf segala pengorbanan, jasa dan bakti warganya yang terdahulu serta kini, maka buku "Malaysian Armed Forces: The Nation's Shield 80th Anniversary" telah diterbitkan. Pada 20 Feb 14 yang lalu, sebuah Majlis Pelancaran Buku Malaysian Armed Forces Nation's Shield 80th Anniversary telah dianjurkan oleh Malaysian Institute Defence and Security di Auditorium Wisma Pertahanan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Turut bersama, YBhg Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

Antara aturcara pada hari tersebut adalah upacara penyampaian Buku Malaysian Armed Forces Nation's Shield kepada Dif-dif Kehormat dan para penyumbang yang telah berjaya membantu merealisasikan penerbitan buku ini oleh YB Menteri Pertahanan Malaysia.