logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

The Gladiators, itulah gelaran yang diberikan kepada Pasukan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia yang telah memenangi Piala Sumbangsih sewaktu Kempen Liga Malaysia musim lepas. Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT) telah memilih tarikh bersejarah pada 3 Jan 2014 (Rabu) bagi melancarkan Tim Bolasepak ATM Liga Malaysia bagi musim 2014.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein Menteri Pertahanan Malaysia juga turut hadir YBhg Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia merangkap Presiden (PBAT) telah diadakan di Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay Kuala Lumpur.

Antara aturcara yang diaturkan adalah tandatangan penajaan Baju Jersi Pasukan Bolasepak ATM oleh Mr Ng Yeoh Toh, Country General Manager 4 Star 360 Sdn Bhd untuk jenama Lotto.

PBAT juga masih mengekalkan Ketua Jurulatih yang lama iaitu B.Satianathan manakala Ketua Pasukan iaitu Hairuddin bin Omar @ HaiO. Seramai 26 pemain bolasepak ATM Liga Super 2014 telah terpilih dengan 10 orang pemain baru (termasuk 2 pemain import).

Pada penghujung majlis tersebut, sebuah bas pelancong telah dimodifikasikan dengan berkonsepkan Hop On Hop Off yang ditampal dengan poster-poster aksi pemain Bolasepak ATM. Ini bertujuan untuk mempromosikan pasukan Bolasepak ATM kepada masyarakat umum dengan lebih menarik dan meluas lagi.