logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Sambutan Hari TLDM ke 80 di Pangkalan TLDM Lumut meriah dengan kehadiran DYMM Sultan Selangor mencemar duli merasmikannya. Ketibaan Tuanku Sultan Selangor pada jam 4.00ptg di sambut oleh YBhg Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut.

Baginda Tuanku kemudiannya menerima Tabik Hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama di hadapan bangunan Markas Pemerintahan Armada sebelum Baginda Sultan menaiki buggy ke KD Selangor untuk merasmikan Hari Terbuka Armada yang diadakan setiap dua tahun sekali untuk kunjungan umum.

Pameran sepanjang 2 hari (26 dan 27 April) memperlihatkan gerai-gerai pameran dipenuhi pengunjung. Pameran turut di sertai oleh Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara Malaysia. Selain itu, Karival 1Mindef turut diadakan di lokasi bagi memeriahkan suasana pada tahun ini.