logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

JCM Ke-10 dan MCWG yang Ke-3 telah diadakan di antara kedua-dua Angkatan Tentera Malaysia dan Sweden pada 28 hingga 29 Apr 14 di Stockholm, Sweden. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Brig Jen Dato’ Hj Hasny bin Hj Md Salleh, Ketua Pengarah Cawangan Latihan Pertahanan BOLP sebagai wakil AKS OLP bagi pihak ATM. Delegasi ATM yang turut serta adalah PS 1 B/C BOLP sebagai pegawai bertanggungjawab (desk officer) perhubungan dua hala Malaysia – Sweden.

Sweden adalah satu-satunya negara Nordic yang mempunyai MCWG dengan Malaysia di antaranya ialah Program Peacekeeping yang dilaksanakan oleh negara-negara Nordic. Jalinan hubungan di antara PPM dan SWEDINT Peacekeeping Center meningkatkan lagi taraf dengan perkongsian maklumat, pertukaran jurulatih dan lain-lain aktiviti yang memanfaatkan. Kerjasama yang dijalinkan oleh ATM yang menyertai program Peacekeeping negara-negara Nordic pastinya akan menaik taraf PPM di mata dunia.

Selain itu, peningkatan taraf kebolehan operasi udara helikopter A109 adalah pembangunan yang diberikan perhatian sekarang ini. Dengan adanya kerjasama Tentera Darat dengan pihak Sweden ianya pasti akan memperkemaskan tahap kebolehan pengendalian pesawat melalui pemindahan, pertukaran maklumat dan skill capability.

Secara keseluruhannya kerjasama yang akan dijalinkan akan merangkumi pertukaran maklumat, pertukaran jurulatih atau anggota, tawaran-tawaran kursus yang bertaraf profesional, latihan dalam pembangunan skill capability melalui latihan di Sweden atau secara mobile training team serta lain-lain aktiviti seperti lawatan sambil belajar. Semua ini akan membantu ATM dalam pembangunan taraf kebolehan pengoperasian di samping menjalinkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dalam bidang ketenteraan selaras dengan Dasar Kerajaan Malaysia dalam keutamaan hubungan dua hala dengan negara-negara sahabat.