logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SUBANG, 17 Nov 21 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Bin Buang TUDM hari ini telah menyambut kepulangan kumpulan keempat MALBATT 850-8 iaitu seramai 253 orang yang diketuai oleh Komander kontinjen berkenaan iaitu Kolonel Azudin bin Hassan. Kumpulan terakhir yang berjumlah 253 orang ini turut melibatkan seorang warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik dari Kementerian Pertahanan. Penerbangan pulang mereka ke tanah air turut disertai oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato' Hj. Yazid bin Hj. Arshad TUDM yang melaksanakan lawatan kerja beliau bermula 9 Nov lalu.

Panglima Angkatan Tentera dalam ucapannya telah menzahirkan penghargaan tahniah kepada MALBATT 850-8 yang bukan sahaja berjaya melaksanakan misi sebagai satu pasukan dengan cemerlang malah turut membanggakan Negara sepanjang berada di bumi Lubnan. "Sudah tentunya bukan sahaja kami, malah Negara turut berbangga kerana kombinasi yang mantap antara warga ATM dan ABDB di dalam MALBATT sering mendapat pujian kontinjen-kontinjen negara lain dan pimpinan tertinggi UNIFIL di samping turut disenangi oleh rakyat setempat di kawasan tanggungjawab mereka khususnya" ujar beliau.

MALBATT 850-8 telah melaksanakan tugas selama setahun di bumi Lubnan bagi misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) sebagai pasukan pengaman dalam menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 Nov tahun lalu.

Kontinjen ini diletakkan di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat dan ditempatkan di dua petempatan tetap iaitu di Kem Ma'rakah dan Kem Tibnin dan melaksanakan tugas-tugas operasi khususnya kawasan yang dipertanggungjawabkan.

Ketibaan kontinjen ini juga, tanpa disambut oleh ahli keluarga mereka bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mengelakkan sebarang penularan wabak COVID-19. Kesemua mereka juga menjalani saringan kesihatan sebelum dikuarantinkan di penempatan MALBATT Village di Port Dickson.

Turut hadir menyambut kontinjen ini ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Hj. Rahman Bin Hj. Ayob mewakili Panglima Tentera Laut, Panglima Bantuan Udara, Leftenan Jeneral Dato' Muhamad Norazlan Bin Aris TUDM mewakili Panglima Tentera Udara dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Bin Hj. Yadi.