KUALA LUMPUR, 18 Nov- Majlis Pemakaian Pangkat dari Laksamana Pertama kepada Laksamana Muda Asisten Ketua Staf Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK), Laksda Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah.

Upacara pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera,YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin pada 18 Nov 2015 di Bilik Teratai Tingkat 5 Wisma Pertahanan Kuala Lumpur. Turut hadir bagi meraikan majlis kenaikan pangkat ini Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Badaruddin, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Warga KOMLEK.

Isteri kepada Asisten Ketua Staf KOMLEK juga turut hadir untuk menyempurnakan majlis pemakaian pangkat tersebut. Laksda Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah dikekalkan menjawat jawatan AKS KOMLEK. Tahniah YBhg Dato'.