logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT) dengan rasminya menandatangani kontrak penajaan oleh Affin Bank bagi musim 2014. Affin Bank telah bersetuju untuk menaja PBAT sebelum musim 2014 bermula lagi dan ekoran beberapa masalah teknikal majlis terpaksa di tangguh sebelum ini.

Majlis Menandatangan Kontrak Penajaan telah dihadiri oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera yang juga merupakan Presiden PBAT serta YBhg Tan Sri Ismail bin Haji Omar (Bersara), Pengerusi Affin Bank Berhad. Turut hadir untuk menyaksikan majlis tersebut adalah pegawai-pegawai Kanan ATM dan eksekutif-eksekutif Affin Bank Berhad. Tajaan yang bernilai RM1.25 juta amat memberi makna kepada PBAT untuk menguruskan dan mentadbir tim bolasepak ATM.