logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 10 April - Seramai 204 pegawai dan 202 anggota lain-lain pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) dalam Istiadat Penganugerahan yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

Majlis yang bermula tepat pukul 8.45 pagi itu bermula dengan penyampaian anugerah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada empat pegawai.

Seterusnya, beliau turut menyampaikan Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) Kehormat kepada Kolonel Abdullah Saeed A. Nusair iaitu pegawai tentera polis dari Arab Saudi diikuti anugerah PAT kepada 25 pegawai.

Dalam pada itu, 174 pegawai dianugerahkan Kesatria Angkatan Tentera (KAT) manakala 202 anggota LLP menerima Bintara Angkatan Tentera (BAT).

Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia; Yang Berhormat Datuk Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan; Yang Mulia Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera; Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat; Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut; Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Sri Haji Affandi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara serta pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.