logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang baru, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mej Jen Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah, telah melawat Kementerian Pertahanan mulai 22 Jun hingga 25 Jun 14.

Ketibaan beliau di perkarangan Kementerian Pertahanan telah disambut oleh YBhg Panglima Angkatan Tentera serta Pegawai Kanan Tertinggi ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan. Pemerintah ABDB telah menerima Tabik Hormat dari Kawalan Kehormatan Utama 1 RAMD yang diketuai Mej Wan Azrul bin Yahya. Beliau kemudiannya telah diberikan taklimat Struktur Organisasi Pertahanan diikuti dengan taklimat Perspektif Ancaman Keselamatan Serantau.

Dalam rangka lawatan beliau, Pemerintah ABDB telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg Panglima Angkatan Tentera. Beliau juga telah membuat Kunjungan Hormat ke atas TB Menteri Pertahanan sebelum itu.

Selain itu, Pemerintah ABDB juga telah dibawa melawat Institut Latihan Kefahaman Islam (ILMI) di Port Dickson, Negeri Sembilan, Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (MPAT) dan maktab Turus Angkatan Tentera Malaysia (MTAT).