logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

LUNDU, 15 November 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Formasi Divisyen Pertama Infantri (1 Divisyen) menahan 16 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba memasuki Sarawak secara haram menggunakan lorong tikus di Biawak, Lundu pada petang 13 Nov 21 yang lalu.

Sekumpulan anggota ATM yang sedang melaksanakan SERKAP di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Biawak, Lundu berjaya mengesan pergerakan Kumpulan PATI berkenaan yang sedang berjalan kaki memasuki kawasan Malaysia dari arah sempadan Indonesia.

Hasil siasatan mendapati kumpulan PATI berkenaan terdiri daripada 11 lelaki dan 4 wanita yang berusia di antara 19 hingga 45 tahun termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun cuba memasuki Sarawak kerana ingin mencari peluang pekerjaan. Kesemua PATI yang ditahan tersebut telah diusir keluar dari Sempadan negara dan laporan polis turut dibuat untuk tindakan selanjutnya.

ATM akan terus komited dan kekal siaga dalam mengawal keselamatan di persempadanan Sarawak – Kalimantan Barat demi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara terutama serta tiada sebarang pencerobohan PATI mahupun
sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku.

Sumber daripada:
Sel Perhubungan Raya, Divisyen Pertama Infantri Malaysia