MAFHQ

Panglima Tentera Laut

 

  Portal Rasmi
Markas Angkatan Tentera Malaysia
(MAFHQ)

Lima My Government MinDef Markas Angkatan Bersama Tentera Darat Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
LIMA '15 MyGov MinDef MAB TDM TLDM TUDM
My Government
Isnin, Februari 08, 2016
Text Size
. .

Panglima Tentera Laut

 

LAKSAMANA DATO' SERI PANGLIMA AHMAD KAMARULZAMAN BIN HAJI AHMAD BADARUDDIN

PJN PSAT DPMS PGDK PAT JMN SMS KAT KMN PJM PPS PPA MA MBA mpat psc

 

Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman memasuki perkhidmatan 24 Februari 1977 selepas menamatkan pelajaran beliau di Maktab Tentera Diraja. Beliau kini diperjawatkan sebagai Panglima Tentera Laut yang berpusat di Kuala Lumpur. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memegang beberapa jawatan utama di dalam TLDM di antaranya Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut, Panglima Wilayah Laut 2 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi di Markas Tentera Laut dan Panglima Angkatan Bersama serta Timbalan Panglima Tentera Laut. Perkhidmatan terakhir beliau di laut adalah Sebagai Pegawai Memerintah KD JEBAT (FFG 29).

 

Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman adalah lulusan dari US Naval Staff Course, Naval War College, Newport, Rhode Island dan juga Distinguished Graduate of the Fu Hshing Kang College, Republic of China in Political Warfare. Beliau juga menghadiri International Surface Warfare Officer’s Course di Naval Amphibious School di Coronado, San Diego. Beliau juga merupakan lulusan Principle Warfare Officer dari HMS DRYAD, Portsmouth, San Diego. Beliau telah menghadiri kursus International Crisis Management Course di National Administrative Institute (INTAN), Kuala Lumpur dan juga pelbagai program pengajian tentera yang lain baik tempatan dan juga di Australia dan Amerika Syarikat.

 

Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman adalah merupakan seorang Jurucakap bagi Keselamatan Maritim dan telah terlibat di dalam beberapa seminar dan persidangan termasuk Asean Regional Forum (ARF) di India dan Kuala Lumpur, U.S Military Operations (MILOPS) Conference di Singapura, International Maritime Organization (IMO) Conference di Jakarta, Littoral Defense Conference di Singapura, Electronic Warfare Coference di London dan MIMA International Conference di Kuala Lumpur.

 

Beliau memperolehi ijazah MBA dari University of Strathclyde Business School, Scotland dan MA dalam Pengajian Pertahanan dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menamatkan Program Eksekutif Pengurusan Perniagaan dalam tahun 2009 di Keenan-Flagler Business School, Universiti of North Carolina, USA.

 

Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman telah menerima beberapa pingat dari Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Beliau merupakan orang pertama yang telah mendapat Pingat Kepujian Panglima Tentera Laut. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Noor Azrina binti Abdullah dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berumur 23 tahun. Beliau suka membaca, mengembara dan bermain golf.

 

Kemaskini pada Khamis, 26 Nov 2015 1549H.

Malaysian Armed Forces Defence College MAF Staff College Royal Military College (RMC) Malaysian National Defence University mpc Institut Latihan & Kefahaman Islam (ILMI)
Multimedia Super Corridor Malaysia Berita Harian Utusan Malaysia metro The Star News MAFHQ NEWS QR MAFHQ