Portal Rasmi
Markas Angkatan Tentera Malaysia

 

My Government MinDef Markas Angkatan Bersama Tentera Darat Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
MyGov MinDef MAB TDM TLDM TUDM

 

My Government
Ra, Apr 23, 2014
Text Size

ATM MERIAHKAN KAYUHAN DIRAJA KARNIVAL RAKYAT 2012

Angkatan Tentera Malaysia telah memeriahkan Kayuhan DiRaja Karnival Rakyat 2012 dengan mengadakan persembahan dan pameran kerjaya sempena penganjuran karnival berkenaan. Tentera Darat Malaysia telah mengadakan pameran kerjaya dan persembahan dari The Reds Warrior. TLDM dan TUDM telah mempamerkan pameran peralatan selam dan juga model replika kapal dan pesawat udara daripada MAWILLA 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang dan Pangkalan Udara Kuantan.

Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012 telah diadakan pada 11 Nov 12 yang lalu bertempat di Padang MPK 2, Kuantan. Karnival berkenaan diadakan sempena Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatudin Al-Muadzam Shah yang ke-82. Berkonsepkan 'Mesra Rakyat', ia membuka ruang kepada KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah bermesra dan meluangkan masa bersama rakyat.

Terdapat kira-kira 100 warga ATM dari 4 Bgd Mek, Mawilla 1 Tg Gelang dan PU Kuantan menyertai acara berbasikal melibatkan kayuhan sejauh 40 km mengelilingi persekitaran Bandar Kuantan.

Presets
Main Style
Patterns
Accent Color
Apply