MAFHQ

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ)
Selasa, April 28, 2015
Text Size
. .

Artikel

Timbalan Panglima Tentera Udara

LEFTENAN JENERAL DATUK CHE AKMAR BIN MOHD NOR TUDM

PJN PSAT DSAP DIMP DPMP PAT JSM SMP DJN AMP MBA PPS PPA awc psc jt TUDM

TIMBALAN PANGLIMA TENTERA UDARA

Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah dilahirkan di Kangar, Perlis pada 12 Nov 1955. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kangar, dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Putra Kangar sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Tentera DiRaja. Menamatkan latihan Pegawai Kadet dan ditauliahkan pada 25 Apr 1974.

Beliau telah menjalani kursus asas dan lanjutan penerbangan di New Zealand pada tahun 1974 dan seterusnya menyandang jawatan Juruterbang di No. 2 Skuadron (menerbangkan pesawat Fokker 28). Pada tahun 1977 beliau telah menjalani latihan Jurulatih Penerbangan dan seterusnya ditukarkan ke TUDM Alor Setar sebagai Jurulatih sehingga tahun 1980. Pada tahun 1980 pula, beliau terus ditukarkan ke No. 14 Skuadron bagi menerbangkan pesawat C130H/PC130H. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Butterworth.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai tugas pengurusan/pentadbiran. Jawatan yang disandang adalah Pegawai Memerintah  20 Skuadron dan 16 Skuadron, Pegawai Staf di MABES dan MABANUD dan Ketua Cawang Operasi di TUDM Subang. Beliau telah menyandang beberapa jawatan di Markas Angkatan Tentera sebagai Penolong Juruarah di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Markas Tentera Udara – Bahagian Sumber Manusia sebagai Pengarah Latih, Inspektorat Jeneral TUDM di Markas TUDM, Markas Pendidikan dan Latihan Udara sebagai Panglima dan di Markas Angkatan Tentera Malaysia sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan. Beliau telah ditukarkan ke Markas Pemerintahan Bantuan Udara pada 30 Jul 2013 sebagai Panglima Bantuan Udara sehingga 30 Oktober 2014. Pada 30 Oktober 2014, Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah menerima tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Udara.

Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM merupakan graduan Ijazah Sarjana dari Victoria University Australia pada tahun 1999.

Atas sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan kepada Negara, Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah dikurniakan dengan darjah kebesaran  Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) oleh DYMM Sultan Pahang, Panglima Setia Angkatan Tentera  (PSAT) dan Panglima Jasa Negara (PJN) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong yang membawa gelaran Datuk.

Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar bin Mohd Nor TUDM telah pun berkahwin dengan Datin Che Yon Chek binti Mohd Alwi serta dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Beliau merupakan seorang yang sangat suka membaca, melancong dan bermain golf.

 

Kemaskini pada Rabu, 27 Feb 2015 1711H.

Presets . . . . . . . . . . . .
Main Style . .
Patterns . . . . . . . . . . . .
Accent Color
Apply