Portal Rasmi
Markas Angkatan Tentera Malaysia

My Government MinDef Markas Angkatan Bersama Tentera Darat Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
MyGov MinDef MAB TDM TLDM TUDM

My Government
Sabtu, November 01, 2014
Text Size
. .

Artikel

Timbalan Panglima Tentera Laut

LAKSAMANA MADYA DATO’ SERI PANGLIMA AHMAD KAMARULZAMAN BIN HAJI AHMAD BADARUDDIN
PJN SPTS PSAT DPMS PGDK PAT JMN SMS KAT KMN PJM PPS PPA MBA (Strathclyde) MA (UKM) mpat psc

TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT

Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman memasuki perkhidmatan TLDM pada 24 Februari 1977 selepas menamatkan pelajaran beliau di Maktab Tentera Diraja.

Beliau kini diperjawatkan sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut mulai 15 Nov 2013. Jawatan sebelum ini adalah sebagai Ketua Staf Markas angkatan Bersama dan Panglima Angkatan Bersama yang berpusat di Kuala Lumpur. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memegang beberapa jawatan di dalam TLDM di antaranya Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, Panglima Wilayah Laut 2 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah dan Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi di Markas Tentera Laut. Perkhidmatan terakhir beliau di laut adalah di kapal KD JEBAT (FFG 29).

Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman adalah lulusan dari US Naval Staff Course, Naval War College, Newport, Rhode Island dan juga Distinguished Graduate of the Fu Hshing Kang College, Republic of China in Political Warfare. Beliau juga menghadiri International Surface Warfare Officer’s Course di Naval Amphibious School di Coronado, San Diego. Beliau juga merupakan lulusan Principle Warfare Officer dari HMS DRYAD, Portsmouth. Beliau juga menghadiri kursus International Crisis Management Course di National Administrative Institute (INTAN), Kuala Lumpur dan juga pelbagai program pengajian tentera yang lain baik tempatan dan juga di Australia dan Amerika Syarikat.

Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman adalah merupakan seorang Jurucakap bagi Keselamatan Maritim dan telah terlibat di dalam beberapa seminar dan persidangan termasuk Asean Regional Forum (ARF) di India dan Kuala Lumpur, U.S Military Operations (MILOPS) Conference di Singapura, International Maritime Organization (IMO) Conference di Jakarta, Littoral Defense Conference di Singapura, Electronic Warfare Coference di London dan MIMA International Conference di Kuala Lumpur.

Beliau memperolehi ijazah MBA dari University of Strathclyde Business School, Scotland dan MA dalam Pengajian Pertahanan dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menamatkan Program Eksekutif Pengurusan Perniagaan dalam tahun 2009 di Keenan-Flagler Business School, Universiti of North Carolina, USA.

Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman telah menerima beberapa pingat dari Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Beliau merupakan orang pertama yang telah mendapat Pingat Kepujian Panglima Tentera Laut.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Noor Azrina binti Abdullah dan telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang kini berumur 23 tahun. Beliau suka membaca, mengembara dan bermain golf.

Presets . . . . . . . . . . . .
Main Style . .
Patterns . . . . . . . . . . . .
Accent Color
Apply