logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

PENTAULIAHAN PEGAWAI

Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

  • Terdiri dari calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Akan menjalani pengajian di peringkat ijazah pertama (mengikut jurusan) dan latihan ketenteraan.
  • Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf setelah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).
  • Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.

Pegawai Kadet Graduan

  • Terdiri dari calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang diperlukan.
  • Menjalani latihan Pegawai Kadet selama 9 bulan.
  • Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf.
  • Kenaikan pangkat – setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.

JENIS PENTAULIAHAN PEGAWAI ATM:

  • Senarai Tugas Am – Pegawai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang yang diperlukan.
  • Senarai Tugas Ikhtisas – Pegawai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang perubatan dan pergigian.
  • Senarai Tugas Khas – Anggota yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar kepada pegawai.

KATEGORI PERKHIDMATAN PEGAWAI-PEGAWAI ATM

Pegawai Tauliah Jangka Pendek

Ditauliahkan selama 10 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun. Permohonan menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak atasan untuk pertimbangan dan kelulusan. Boleh memohon sebagai pegawai tauliah tetap selepas berkhidmat selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan.

Pegawai Tauliah Tetap

Jangka masa perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen.

 

 

 UMUR BERSARA WAJIB

  Pangkat Dan Senarai Tugas Am / Khas  Umur (Tahun)
  Lelaki    Wanita 
  Kolonel dan ke atas 60 60
  Leftenan Kolonel 57 57
  Mejar 55 55
  Kapten 52 52
  Leftenan dan Leftenan Muda 50 50
  Senarai Tugas Ikhtisas - -
  Semua Pangkat 60 60

 

 UMUR BESARA PILIHAN

  Pangkat Dan Senarai Tugas Am / Khas  Umur (Tahun)
  Lelaki    Wanita 
  Kolonel dan ke atas 50 45
  Leftenan Kolonel 47 45
  Mejar 45 45
  Kapten 40 40
  Leftenan dan Leftenan Muda 40 40
  Senarai Tugas Ikhtisas - -
  Semua Pangkat 50 45