Portal Rasmi
Markas Angkatan Tentera Malaysia

My Government MinDef Markas Angkatan Bersama Tentera Darat Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
MyGov MinDef MAB TDM TLDM TUDM

My Government
Sabtu, November 01, 2014
Text Size
. .

Artikel

Timbalan Panglima Tentera Darat

LEFTENAN JENERAL DATO’ SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI

PJN SPTS DCSM PSAT DGMK DPMK DSAP DPMS PAT JSM KAT KMN AMK PJM PPS
usawc mpat plsc (Canada) MA (Lancaster) MSS (USAWC)

LT JEN DATO’ SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI berasal dari Kuala Kangsar, Perak.  Setelah menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, beliau memohon untuk mengikuti latihan Pegawai Kadet dan telah dipilih mengikuti latihan di Officer Cadet School, Portsea, Australia. Beliau telah  ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Disember 1981.

Sepanjang karier, LT JEN DATO’ SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI telah melaksanakan  tugas-tugas pemerintahan, staf di pasukan dan markas formasi serta sebagai jurulatih. Beliau berpengalaman  terlibat secara langsung memerangi ancaman komunis di sempadan tanah air sehinggalah perletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada 2 Disember 1989. 

LT JEN DATO’ SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI  telah diamanahkan untuk memerintah Batalion Ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja pada tahun 1995. Kesinambungan tugas sebagai pemerintah diteruskan apabila dilantik sebagai Panglima 11 Briged pada tahun 2005, Panglima 3 Div tahun 2007 dan sebagai Panglima Medan Tentera Darat pada tahun 2009. Beliau seterusnya telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Darat pada 1 Ogos 2011. Pendedahan di peringkat staf pula, beliau pernah menyandang beberapa tugas utama iaitu Pegawai Staf 1 Tadbir di Markas Tentera Darat, Ketua Staf Markas 11 Briged, Kol Latih dan  Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan di Cawangan OPLAT Markas Tentera Darat. 

LT JEN DATO’ SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI merupakan satu-satunya Pegawai Infantri yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan ATM mulai 1 April 2001 hingga 17 April 2003. Semasa menjadi Pengarah Pendidikan ATM, beliau telah sama-sama berperanan dalam mengubah dasar Skim Pengajian Tinggi ATM apabila cuti melanjutkan pengajian bergaji penuh diluluskan kepada warga ATM untuk semua tahap pengajian dan Program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dengan Universiti Terbuka Malaysia mula diperkenalkan. Beliau juga terlibat secara langsung dalam proses mewujudkan Skim Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi ATM (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT) yang boleh dinikmati oleh warga ATM sehingga kini. Dalam bidang kejurulatihan pula, beliau pernah ditugaskan sebagai Jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson pada tahun 1986 dan Juruarah di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) pada tahun 1993.

LT JEN DATO’ SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI telah mengikuti pelbagai kursus profesional di dalam dan luar negara. Antaranya ialah di Australia Infantry Centre Singleton, US Army Infantry School Fort Benning Georgia, Canadian Land Forces Command and Staff College dan US Army War College (USAWC). Beliau mempunyai kelulusan Diploma in Training and Development (Leicester University UK),  Master in International Relations and Strategic Studies (Lancaster)  dan Master of  Strategic Studies (USAWC).  Beliau telah terpilih sebagai Peserta Terbaik Akademik dan dianugerahkan Hadiah Lembaga Maktab semasa menghadiri Kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) pada tahun 2000.

LT JEN DATO’ SERI PANGLIMA HJ AHMAD HASBULLAH BIN HJ MOHD NAWAWI telah dianugerahkan tiga orang cahayamata bersama isteri Datin Seri Noor Akmar binti Yaacob.  Hobi beliau ialah membaca, menembak dan bersukan.

Presets . . . . . . . . . . . .
Main Style . .
Patterns . . . . . . . . . . . .
Accent Color
Apply