logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

VISI
BERSEPADU, TANGKAS, BERFOKUS

MISI
Melindungi Kedaulatan, Keselamatan dan Kemakmuran Negara

PERANAN ATM
Melindungi Kepentingan Negara, Terutamanya Mempertahankan Kedaulatan Dan Keutuhan Wilayah Daripada Ancaman Keselamatan Tradisional Dan Bukan Tradisional Melalui Pelaksanaan Operasi Daratan, Maritim, Ruang Udara Dan Siber Elektromagnetik

DASAR KUALITI
Memperkasakan Kecemerlangan Dengan Melahirkan Satu Angkatan Bersenjata Yang Sehaluan, Berkemampuan Tinggi Serta Diyakini.

ETIKA KERJA

  • Taat Setia: Taat setia bererti patuh terhadap segala perintah dan sedia berkorban nyawa demi mempertahankan negara untuk menentukan kejayaan pelaksanaannya.
  • Disiplin: Melibatkan aspek kawalan diri sendiri dan mematuhi peraturan.
  • Keberanian: Menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan semangat juang yang kental dari segi mental dan fizikal walaupun menghadapi risiko yang tinggi.
  • Amanah: Sifat kebolehpercayaan yang perlu diwujudkan dalam diri anggota ATM dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diberi.
  • Profesionalisme: Setiap anggota ATM perlu mahir untuk melaksanakan tugas di bidang masing-masing.
  • Daya Kepimpinan: Berkebolehan menerajui aspek pengurusan operasi, sumber manusia, aset dan pentadbiran.
  • Semangat Setiakawan: Bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
  • Kekuatan Kerohanian: Mengamalkan cara hidup berlandaskan agama.
  • Keperihatinan: Menjaga kebajikan dan mengambil berat hal ehwal individu.
  • Menghayati Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR): Mengikuti aturan hidup yang ketat berdasarkan arahan, adat dan tradisi di mana semangat perajurit dan disiplin yang tinggi merupakan keperluan utama. Ia memerlukan pengabdian diri kepada perkhidmatan ATM demi mempertahankan maruah pasukan dan menentukan pencapaian kejayaan dalam segala tugas yang diarahkan.