- Utama
-
Mengenai Kami
- Sejarah
- Organisasi
- Piagam Pelanggan
-
Markas ATM
- Sekretariat
- Bahagian Perkhidmatan Anggota
- Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan
- Bahagian Logistik Pertahanan
- Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan
- Bahagian Perancangan Pertahanan
- Bahagian Hal Ehwal Awam
- Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera
- Bahagian Perkhidmatan Kesihatan
- Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan
- Pernyataan Arah
- Kerjaya
- Hubungi Kami
-
Panglima Tertinggi
- Profil PAT
- Profil KS Mk ATM
- Tentera Darat Malaysia
- Tentera Laut Diraja Malaysia
- Tentera Udara Diraja Malaysia
- Direktori
- Berita
- Arkib
COS Profile

LT JEN DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR
PJN SPKK SPMT PSAT DGMK DSDK DSAP DMPN PAT JSM SMZ KAT KMN
PNBB (Moz) ndc mpat pac MDef Studies (UNSW) MSc Strat and Def Studies (QAU)
KETUA STAF MK ATM
LT JEN DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR (411967) telah dilahirkan di Kg. Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun 1957. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kg Raja, Besut Terengganu. Setelah menamatkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, beliau telah mengikuti latihan sebagai Pegawai Kadet di Pusat Latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan telah ditauliah sebagai Leftenan Muda di dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.
LT JEN DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR, di sepanjang karier beliau telah memegang pelbagai jawatan sebagai Pemerintah dan Pegawai Staf dalam ATM. Semasa menjawat jawatan Ketua Platun dan Ketua Kompeni beliau telah terlibat secara langsung di dalam menentang pengganas komunis. Selain dari penugasan operasi, beliau juga telah terlibat dengan berbagai latihan ketenteraan samada di dalam negara mahupun di luar negara. Di sepanjang karier sebagai pegawai tentera, beliau telah menyandang beberapa jawatan yang turut melibatkan kenaikan pangkat beliau. Di antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Ketua Jurulatih di PUSASDA, Pegawai Memerintah 18 RAMD, Pegawai Staf 1 Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Pegawai Staf 1 Perkhidmatan Anggota di Markas Tentera Darat, Ketua Staf 3 Markas Divisyen dan Asisten Ketua Staf Perancangan & Pembangunan serta Panglima 2 Divisyen. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat mulai 2 Jun 2008. Beliau seterusnya, menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia mulai 31 Okt 2009.
LT JEN DATUK RAJA MOHAMED AFFANDI BIN RAJA MOHAMED NOOR juga telah megikuti pengajian/kursus profesional di dalam dan di luar negara dan berkelulusan Master In Defense Studies (Australia) dan Master of Science in Defense and Strategic Studies (Pakistan).
[ Penafian ] : Markas Angkatan Tentera Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan disebab oleh penggunaan maklumat yang diambil dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Keselamatan Notis Hakcipta
Hakcipta © 2013 Bahagian Komunikasi & Elektronik Pertahanan. Semua Hakcipta Terpelihara.
Paparan terbaik: Internet Explorer 8 / Mozilla Firefox 11 / Google Chrome 18 dengan resolusi 1024 x 768 piksel
- Tarikh Akhir Kemaskini: 21 May 2013.
Dasar Privasi
Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.
Dasar Keselamatan
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.





