Khamis, Disember 18, 2014
Text Size
. .

Artikel

PROGRAM JELAJAH HARI BERTEMU PELANGGAN (ZON SARAWAK) 17 - 20 MAC 2014

Program Jelajah Hari Bertemu Pelanggan (JHBP) yang diadakan di Kuching dan Sibu sejak 17 hingga 21 Mac 2014 ini merupakan satu program 'Turun Padang'. Turun Padang adalah pendekatan berkesan untuk mengenal pasti isu-isu dihadapi oleh pelanggan JHBP khususnya warga ATM.  Tim JHBP ini juga akan berusaha menyelesaikan permasalahan pelanggan secara terus.  Antara agensi Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat sepanjang program ini adalah:

    a) Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT).

    b) Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).

    c) Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT).

    d) Cawangan Sumber Manusia Ketiga-tiga Perkhidmatan (Darat/Laut/Udara).

    e) Sel Kebajikan ATM.

Kaunter BAKAT ATM yang menguruskan permasalahan pelanggannya di samping membuat penjualan kain BAKAT

Kaunter UGAT yang sedang melayan Komander Pangkalan Udara Kuching

Ketua Staf Divisyen 1 turut hadir bagi merasmikan Program JHBP di Kem Pen Rissen, Kuching 

Program ini juga berperanan sebagai saluran memaklumkan kepada semua warga ATM agar dapat menyalurkan cadangan dan aduan mengikut saluran yang betul.

Sel Kebajikan ATM sedang menerangkan tentang beberapa solusi untuk permasalahan kewangan terutamanya tentang pinjaman perumahan bagi anggota ATM

Presets . . . . . . . . . . . .
Main Style . .
Patterns . . . . . . . . . . . .
Accent Color
Apply