logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUCHING, 12 November 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Formasi Divisyen Pertama Infantri (1 Divisyen) berjaya menahan dan mengusir keluar 27 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk ke Sarawak melalui lorong tikus di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Biawak, Lundu dalam kejadian pada malam semalam.

Kehadiran kumpulan PATI berkenaan berjaya disedari oleh anggota ATM yang sedang melaksanakan serkap di kawasan tersebut yang mengesan pergerakan sekumpulan individu sedang memasuki Malaysia dari arah sempadan Indonesia.
Hasil siasatan mendapati kumpulan tersebut yang terdiri daripada 21 lelaki dan 6 wanita berusia di antara16 hingga 55 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua PATI yang ditahan telah diusir keluar dari sempadan negara oleh anggota ATM dan laporan kepada PDRM turut di buat untuk tindakan selanjutnya.

ATM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan keselamatan di persempadanan Sarawak – Kalimantan Barat serta akan terus terus memperkasakan kerjasama bersama agensi keselamatan lain menerusi inisiatif OP BENTENG bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan oleh PATI mahupun jenayah rentas sempadan.

Sumber daripada:
Sel Perhubungan Raya Divisyen Pertama Infantri Malaysia