Sabtu, Disember 20, 2014
Text Size
. .

Artikel

ISTIADAT PERBARISAN DIRAJA DAN KADET TAULIAH JANGKA PENDEK KE-76

Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam latihan, seramai 59 orang Pegawai Kadet telah berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Tentera Darat pada 8 Feb 2014 di Kolej Tentera Darat, Kem Segenting.  Di samping itu, 2 orang Pegawai Kadet Timbalan Setia Negeri Johor (TSNJ) juga telah ditauliahkan sebagai Pegawai di dalam TSNJ.  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menyempurnakan Pentauliahan Jangka Pendek Pegawai Kadet Siri 76/2013.

Pegawai Rendah Kanan Nor Ikhmar bin Madarsa telah dinobat sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek ke-76 Kolej Tentera Darat.

Manakala bagi Penuntut Terbaik Kemahiran Ketenteraan Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek Ke-76 Kolej Tentera Darat dianugerahkan kepada Pegawai Rendah Muda Mohamad Shafiq bin Ramzan.

Presets . . . . . . . . . . . .
Main Style . .
Patterns . . . . . . . . . . . .
Accent Color
Apply