Is, Apr 21, 2014
Text Size

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA PASUKAN KESELAMATAN 2013

Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara 2013 telah diadakan pada 15 Jul 13 bertempat di Dewan Banquet, Seri Perdana, Putrajaya.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Yang DiPertua BAKTI.

Sebanyak 20 000 kotak yang mengandungi rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi impit telah disumbangkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin telah mewakili ATM bagi menerima sumbangan tersebut.

Dalam majlis tersebut juga seramai 6 anggota ATM yang telah tercedera dalam pertempuran di Lahad Datu, Sabah baru -baru ini disumbangkan dengan cek bernilai RM5000 setiap seorang.  Ribuan terima kasih diucapkan kepada BAKTI kerana telah memberi sumbangan dan sentiasa komited serta menjaga kebajikan pasukan keselamatan negara.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Panglima Perkhidmatan, Panglima-panglima serta Pegawai dari ATM, PDRM dan juga APMM.

Presets
Main Style
Patterns
Accent Color
Apply