Is, Apr 21, 2014
Text Size

MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN TABUNG IHYA RAMADHAN 2013

Majlis Sambutan Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan 2013 telah diadakan pada 8 Jul 13 bertempat di Masjid Khalid Al - Walid, KEMENTAH, Kuala Lumpur.  Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Zakat ATM kepada masjid dan surau di dalam ATM.  Sebanyak RM 250 000 telah diagihkan secara keseluruhannya dan sumbangan tersebut diserahkan kepada Panglima Perkhidmatan untuk pengagihan seterusnya. 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Timbalan Panglima Tentera Laut, Ketua Staf Markas ATM, Pengarah KAGAT, Pegawai Kanan, para Pegawai serta warga ATM.

Presets
Main Style
Patterns
Accent Color
Apply