logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Lumut, 28 Okt – YBhg Puan Sri Dato’ Hajjah Umi Kalsom binti Wan Awang, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan lawatan ke 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut sempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ATM Ke-82.

Lawatan dilaksanakan atas keprihatinan dan tanggungjawab sosial BAKAT ATM. Program ini juga merupakan rangka lawatan ke Hospital Angkatan Tentera membabitkan 3 lokasi yang berlainan iaitu di 94 HAT Kem Terendak, Melaka, HAT Tuanku Mizan, Kuala Lumpur dan berakhir di 96 HAT Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk kemesraan, keprihatinan, mengeratkan hubungan silaturahim, jalinan kasih dan memberi kata-kata semangat kepada para pesakit yang terdiri daripada anggota tentera dan keluarga.

Program lawatan bermula jam 10.30 pagi oleh delegasi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM. Kemudian delegasi di beri taklimat oleh Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Zakaria bin Awang, Pegawai Memerintah 96 HAT. Seterusnya Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM di iringi delegasi BAKAT melawat ke wad-wad untuk menyampaikan sumbangan cenderahati sambil beramah mesra dengan pesakit-pesakit dan memberi kata-kata perangsang agar pesakit tabah menghadapi ujian daripada-Nya.

Program ini merupakan program tahunan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli BAKAT ATM seterusnya dapat menyalurkan khidmat kebajikan bukan sahaja kepada anggota tentera malah kepada masyarakat.