logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 25 Nov- Majlis Penyampaian Anugerah Program Pembangunan Minda 2015 telah berlangsung di Auditorium Panglima Angkatan Tentera serta telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas ATM, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Sabri bin Adam TUDM. Turut hadir Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Mohd Zakaria bin Hj Yadi, Pegawai Kanan ATM serta penerima anugerah.

Penganjuran skim, program dan kemudahan pendidikan ke arah memartabatkan budaya pembelajaran berterusan serta menggalakkan kecemerlangan dalam bidang akademik di kalangan warga ATM dan juga anak-anak mereka, jelas membuktikan keprihatinan dan komitmen Angkatan Tentera Malaysia terhadap warganya.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah dekan Program K-FORCE dan pengajian separuh masa, pertandingan mengarang esei 2015, pertandingan esei anak-anak ATM 2015 serta pertandingan ulasan buku. Syabas diucapkan kepada semua penerima-penerima anugerah pada tahun ini.