logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menganjurkan Program Wakaf Al-Quran dan Kelengkapan Solat untuk masjid dan surau yang ditimpa bencana banjir di seluruh negara bertempat di Masjid Khalid bin Al Walid, KEMENTAH, Kuala Lumpur. YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia bersama YBhg Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera sempat meluangkan masa melawat kaunter yang dibuka.

Program ini masih diteruskan lagi dan orang ramai dijemput untuk hadir ke Masjid Khalid bin Al Walid, KEMENTAH, Kuala Lumpur untuk membuat sumbangan wakaf Al-Quran yang bernilai RM20 senaskhah manakala wang tunai boleh dimasukkan ke dalam tabung yang disediakan atau dikreditkan ke dalam akaun MASJID KHALID BIN AL WALID (Bank Islam di nombor akaun 14210010000284).